Tokoh yang Kami Dikagumi
Pada era teknologi maklumat dan komunikasi, Tanah Air kita mencapai beratus-ratus kemenangan dalam pelbagai bidang. Tetapi pencapaian ini yang membawa nama Malaysia dalam bidang astronomi.Mengimbau kembali saat-saat kejayaan Malaysia melahirkan angkasawan Negara pada tahun 2007 pasti mengundang kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh seluruh rakyat Malaysia. Buat pertama kalinya angkasawan Malaysia berjaya menjejakkan kaki di ruang angkasaraya. Suatu kejayaan besar buat Malaysia tercipta. Namun kisah disebalik kejayaan ini adalah hasil usaha kerajaan Malaysia dan ketekunan daripada seorang insan yang bernama Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. Beliau yang menjadi tokoh yang kami dikagumi.
KERJAYA
Beliau menuntut di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muar dari 1985 hingga 1989 sepanjang tempoh 5 tahun belajar di sekolah asrama penuh itu. Segala didikan dan amalan dipelajari di sekolah berkenaan. Di situlah beliau mempelajari hidup berkeluarga tidak mengira pangkat mahupun kekayaan. Setiap pelajar dianggap sama rata dan beliau sering membantu di antara satu sama lain untuk mengejar impian hidup. Sebagai alumni Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), beliau dapati MRSM mempunyai sistem pendidikan yang unik dan perlu dibanggakan apabila berjaya melahirkan golongan bijak pandai di kalangan pelajar luar bandar. Syabas kepada MARA (Majlis Amanah Rakyat) terhadap usaha mereka yang kini membuahkan kejayaan." ujar bekas pelajar Sekolah Menengah Sains MARA Muar ini dalam sebuah wawancara.
Anak ketiga daripada lima beradik ini juga berjaya menamatkan pelajarannya di Kolej Perubatan Kastuba, Manipal, India dan bergelar doktor bedah ortopedik serta pensyarah perubatan pelatih di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).Sebelum itu, beliau berkhidmat di Hospital Seremban (1998), Hospital Besar Kuala Lumpur (1999) dan Hospital Selayang (2000-2001).
KEHIDUPAN PERIBADI
Sheaphar bertemu dengan Dr. Halina sejak 2001 sewaktu beliau merupakan pensyarah diikh Muszaphar telah berkahwin dengan Dr. Halina Mohd Yunos (lahir 1981 di Kluang ), seorang pakar anestesia di Hospital Selayang pada 10 Oktober 2010 (iaitu 10/10/10) di Seremban. Sheikh Musz Universiti Kebangsaan Malaysia, manakala Dr. Halina ialah pelajarnya sewaktu itu.
Mereka dikurniakan 2 cahaya mata perempuan yang bernama Sophea Isabella dan Sophea Natasha.
MISI ANGKASAWAN MALAYSIA
Beliau berlepas ke angkasa pada 10 Oktober 2007dengan menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan oleh Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Beliau menyertai program ini di bawah perjanjian bersama Russia menerusi program Angkasawan, dan telah kembali ke Bumi bersama ahli-ahli Ekspedisi 15 ,Fyodor Yurchikhin dan Oleg Kotov selepas sembilan hari berada di stesen berkenaan.
Misi selama 11 hari ini telah berjaya dilangsungkan dari 10 Oktober 2007 jam 9.21 malam waktu Malaysia dan selamat kembali ke bumi pada 21 Oktober 2007 pada jam 6.44 petang waktu Malaysia. Beliau merupakan orang Islam pertama yang menjalani ibadah berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri di angkasa lepas.
Semasa sidang akhbar NASA dengan ahli-ahli Ekspedisi 16 pada 23 Julai 2007, Shukor menyatakan bahawa beliau berharap untuk membawa pelbagai kultur sel hidupan untuk dipelajari semasa penerbangannya.
- Putera Arab Saudi, Sultan Salman Abdel Aziz Al-Saud merupakan angkasawan pertama negara Islam ke angkasa lepas pada 1985. Beliau bertindak sebagai pakar muatan dalam kapal angkasa Amerika, Discovery STS-51-G pada 17 hingga 24 Jun 1985. Beliau berbangga dengan misi Malaysia ini dan berharap misi angkasa lepas dari dunia Islam sendiri akan terlaksana.
- Angkasawan Islam dari Syria ialah Mohammed Faris yang pergi ke Stesen Mir dengan roket Soyuz TM-3 pada 22 Julai 1987 hingga 30 Julai 1987. Beliau pergi bersama Alexander Viktorenko dan Aleksandr Pavlovich Aleksandrov.
- Juruterbang tentera Afghanistan, Abdul Ahad Mohamad ke Stesen Mir dengan roket Soyuz TM-6 pada 29 Ogos 1988 dengan ditemani 2 angkasawan Russia, Vladimir Lyakhov dan Valery Polyakov dan tiba di bumi pada 6 September 1988.
Sebagai seorang Muslim, dan berpuasa diakhir bulan Ramadhan semasa di angkasa lepas, Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia, telah menerbitkan satu buku panduan untuk Muslim di angkasa-lepas.Buku bertajuk Perlaksanaan Ibadah di Stesen Angkasa Antarabangsa, dan bermuka-surat sebanyak 18 keping, menerangkan bagaimana untuk mengenal pasti waktu solat, dan masalah yang melibatkan hal berpuasa. Orbit ISS menghasilkan satu kitaran siang dan malam setiap 90 minit. Masalah mengenai puasa di bulan Ramadhan juga ditujukan. Panduan ini akan dialih bahasa dalam bahasa Russia, Arab dan Inggeris. Anan C. Mohd daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menyatakan, "...berpuasa semasa perjalanan adalah tidak diwajibkan. Maka, Sheikh Muszaphar dibolehkan untuk melakukannya atau tidak. Sekiranya dilakukan, waktu puasa adalah sama dengan waktu tempatan di Baikonur di mana tempat kapsul dilancarkan".Bagi membolehkan Sheikh Muszaphar meraikan Hari Raya Aidilfitri pada 13 Oktober 2007 bersamaan hari Sabtu, bekalan seperti kuih-biskut dan Sate dibekalkan bagi dimakan bersama angkasawan-angkasawan yang ada di stesen angkasa lepas.Panduan buku ini juga boleh didapati dalam bentuk PDF.
PEMILIHAN ANGKASAWAN MALAYSIA
Kerajaan Malaysia telah mengadakan Program Angkasawan Malaysia bagi memilih calon angkasawan yang sesuai. Seramai 11,275 calon telah mendaftarkan diri dengan pelbagai kelayakan akademik, ketahanan fizikal, emosi, dan mental. Mereka menjalani latihan terakhir di Kosmodrom Baikonur,Kazakhstan. Muszaphar dikatakan ialah calon terakhir daripada yang memohon program ini.
Kerajaan Malaysia telah bekerjasama dengan kerajaan Russia. Peluang ini sebahagian daripada pakej pembelian jet pejuang Russia bernilai AS$1 bilion (RM3.44 bilion).
Muszaphar dan tiga calon akhir yang lain dipilih pada awal tahun 2006 daripada Program Angkasawan Malaysia . Setelah selesai menjalani latihan di Star City, Russia, Sheikh Muszaphar dan Faiz Khaleed akhirnya dipilih untuk menjalani latihan selama 18 bulan di Rusia. Akhirnya, beliau dipilih sebagai calon utama Angkasawan Pertama Malaysia sementara Faiz Khaleed dijadikan calon simpanan.
KEBANGGAAN
Dengan kejayaan Dr Sheikh Muszaphar Shukor ini, dunia Islam akan berbangga dengan kejayaan angkasawan Malaysia yang akan membuat pemerhatian dari sudut agama ketika berada di orbit.
Comments
Post a Comment