LAWATAN SAMBIL PELAJAR KE MUZIUM TOKOH JOHOR DAN KOMPLEKS YAYASAN WARISAN JOHOR

Objektif 

  • Melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui  perbualan, perbincangan,dan penulisan  untuk menjalin serta mengeratkan hubungan
  • mendapatakan pelbagai sumber yang didengar,dibaca dan ditonton.
  • Dapat menyebarkan maklumat yang diberi dalam bentuk lisan dan tulisan .
  • Mengetahui lebih jelas tentang biodata tohok yang dikagumi .
Laporan

          Pada hari Khamis bersamaan 13 Julai 2017 ,Politeknik Metro Johor telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Tokoh Johor dan Kompleks Yayasan Warisan Johor untuk pelajar penggal satu.Seramai 111 orang pelajar yang terlibat serta dua pensyarah Pengajian Malaysia iaitu Puan Norhafizah dan Puan Norazlina.Kami telah berkumpul di depan Politeknik pada 7.30 pagi. Tepat pada jam 8.00 pagi kami bertolak dari politeknik Metro Johor ke Muzium Tokoh Johor .Kami tiba di Muzium Tokoh Johor pada jam 8.20 pagi. Setelah semua berkumpul  di depan muzium , taklimat ringkas telah diampaikan oleh Puan Norazlina mengenai peraturan semasa berada di dalam Muzium Tokoh Johor dan memberi arahan tentang projek kita .

         Kami disambut mesra oleh wakil daripada muzium. Beliau memberi sedikit taklimat mengenai sejarah Johor dan Muzium Tokoh tersebut sebelum kami memulakan lawatan penuh.  Bangunan Dato' Jaafar merupakan kediaman rasmi Menteri Besar Johor yang pertama iaitu Allahyarham Dato' Jaafar Bin Muhammad . 

         Bangunan ini telah dibina pada tahun 1893 di atas tanah seluas 100 ekar di  kawasan Bukit Senyum ,Johor Bahru. Reka bentuk bangunan ini menyerupai bentuk bangunan keluarga Diraja Inggeris iaitu "Hardwick Hall" dan "Mahligai Matlock "di Jajahan Derby atau Derbyshire di England .Ia dibina setinggi tiga tingkat dan mempunyai menara di setiap empat penjuru bangunan.

         Maklumat yang diberi oleh wakil muzium amat berguna bagi kami,ianya ringkas tetapi penuh dengan isi-isi penting.Kami diberi layanan oleh pihak muzium selama 2 jam .Terdapat  banyak  bahan bukti yang  dapat kami lihat .Kami mengakhiri sesi lawatan pada jam 11.30 pagi dan bergambar bersama -bersama dengan pensyarah kita .

       Kami semua berkumpul semula di depan Muzium Tokoh pada 12.00 tengah hari dan kami menaiki bas pada jam 12.15 tengah hari. Tepat pada jam 12.30 pagi kami bertolak dari Muzium Tokoh Johor ke Kompleks Yaysan Warisan Johor .Kami tiba di Kompleks Yayasan Warisan  Johor pada jam 12.45 tengah hari. Setelah semua berkumpul  di depan muzium , taklimat ringkas telah diampaikan oleh Puan Norazlina mengenai peraturan semasa berada di dalam Kompleks Yayasan Warisan  Johor . Kami diberi makanan tengah hari yang disediakan oleh Politeknik Metro Johor Bahru.

       Kompleks Yayasan Warisan Johor diwujudkan dengan tujuan untuk memelihara warisan sejarah,seni dan budaya negeri johor dengan adanya kesederan kerajaan ,penggerak seni dan orang ramai yang mahu melihat khazanah Melayu tidak pupus dan terhakis dalam arus pembangunan.

       Kami seterusnya melawat sekitar tempat tersebut. Setelah puas kami meneroka sekitar Kompleks ,kami diarahkan oleh pensyarah kami untuk berkumpul di tempat yang telah ditetapkan dan menaiki bas pada jam 3.00 tengah hari. Maka berakhirlah lawatan  kami pada hari tersebut.


Kesimpulan

     Pelbagai bahan bentuk tinggalan sejarah yang menjadi bahan bukti kepada kejayaan Malaysia dan pembangunan negeri Johor pada zaman kini.Ia dapat menaikkan semangat saya sebagai seorang bangsa Johor supaya tidak mengulangi sejarah yang lalu.Lawatan ini memberi kesederaan dan motivasi kepada saya .Saya amat bangga sebagi Bangsa Johor.




 Muzium Tokoh Johor 



taklimat ringkas telah diampaikan oleh Puan Norazlina mengenai peraturan semasa berada di dalam Muzium Tokoh Johor dan memberi arahan tentang projek kita . 



Koleksi Gambar  Kembara Mahkota Johor .






Kitab Suci Al-Quran Bertulis Tangan yan berusia lebih seratus tahun


Laporan disediakan oleh Durkashini A/P Thinakaran,
Gambar dan Info  disediakan Oleh Syafinaz, Ahmad , Aidil.







Comments

Popular posts from this blog